Cerita Nordin Mohd tOP
Page 1 of 1
Cerita Nordin Mohd tOP
BEBERAPA anggota polis memeriksa tempat serbuan yang dilakukan terhadap rumah yang menjadi tempat persembunyian Noordin di Kampung Mojosongo, Solo, Jawa Tengah kelmarin.
GAMBAR fail menunjukkan pelbagai wajah Noordin.
JAKARTA - Kematian Noordin Mohammad Top iaitu ketua pengganas paling dikehendaki di Asia kelmarin menamatkan pemburuan tujuh tahun terhadap seorang militan yang berkarisma.
Noordin mengajar para pengikutnya bagaimana membuat bom di samping menyuruh mereka memakai tudung bagi mengelakkan diri dari ditangkap.
Selepas beberapa pihak berkuasa di Asia Tenggara memburunya, Noordin akhirnya mati ditembak dalam serbuan di sebuah rumah di Jebres, Jawa Tengah kelmarin.
Di sebalik ganjaran AS$100,000 (RM349,000) dan laporan media bahawa militan Malaysia itu telah terbunuh, polis mengakui kelicikan Noordin meloloskan diri dan pada masa yang sama, terbabit dalam setiap serangan dahsyat di Indonesia.
Menurut seorang bekas konconya, Noordin amat berwaspada ketika dalam pelarian apabila dia tidak pernah menggunakan telefon bimbit di samping sentiasa diiringi dua pengawal setiap kali dia berada di luar.
Kadang-kadang dia akan memakai tudung untuk menyamar sebagai wanita, kata Nasir Abas yang pernah melatih Noordin sebagai bekas komander kumpulan Jemaah Islamiah (JI) tetapi kini membantu kerajaan memulihkan pengganas yang ditangkap.
Namun, karisma Noordin serta semangatnya untuk mencari pengikut baru seperti pemimpin yang dicontohinya, Osama bin Laden, membolehkan rangkaian militan Noordin beroperasi walaupun dalam keadaan tertekan, kata Abas.
"Dia banyak idea kreatif dan bercita-cita tinggi sebagai pemimpin," kata Abas dalam satu wawancara.
"Noordin seorang pemidato handal dan dia mampu menyakinkan orang ramai supaya menyokong ideanya sehingga sanggup menjadi pengebom berani mati," tambahnya.
Militan Malaysia itu mendakwa mengajar 1,000 pengikutnya cara untuk membuat bom dan melancarkan serangan berani mati, kata Al Chaidar iaitu pakar pengganas dan pensyarah di Malikussale, Aceh.
Beliau pernah bertemu Noordin pada 2005 ketika menyelidik mengenai sebuah buku. - AP
Similar topics
» Salam 2 All From Nordin Baharom
» Noordin Mohd. Top masih hidup?
» cerita lama
» APA Cerita kita nya 1st Gathering...
» KONGSI CERITA PASAL CANDAT SOTONG
» Noordin Mohd. Top masih hidup?
» cerita lama
» APA Cerita kita nya 1st Gathering...
» KONGSI CERITA PASAL CANDAT SOTONG
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
|
|