FORUM ALUMNI SMK AYER HITAM
~~~SELAMAT DATANG~~~
~~~Jom Update Topik-topik yang ada~~~
~~~Silaturrahim dijalin, kenangan dirungkai, membibitkan kembali senyuman~~~


Kalau belum Register....apalagiii...register je leee.....

Join the forum, it's quick and easy

FORUM ALUMNI SMK AYER HITAM
~~~SELAMAT DATANG~~~
~~~Jom Update Topik-topik yang ada~~~
~~~Silaturrahim dijalin, kenangan dirungkai, membibitkan kembali senyuman~~~


Kalau belum Register....apalagiii...register je leee.....
FORUM ALUMNI SMK AYER HITAM
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Tak rasa di KL

Go down

Tak rasa di KL Empty Tak rasa di KL

Post by SidiA Sat Nov 28, 2009 2:28 pm

'Tak rasa di KL’
Oleh Aniza Zainudin




KUALA LUMPUR: Kehadiran terlalu ramai warga asing di beberapa kawasan tumpuan awam di ibu kota sempena cuti Aidiladha semalam, memberikan suasana kurang selesa di kalangan penduduk tempatan.

Tinjauan Harian Metro di Pasar Seni semalam, mendapati kehadiran terlalu ramai pendatang dari Indonesia, Bangladesh, Nepal dan Myanmar menghabiskan masa lapang bersama rakan dan membeli-belah mencetuskan perasaan kurang selesa kepada warga tempatan.

Pembantu perawatan kesihatan, Rosziana Dasuki, 25, mengakui dia berasa tidak selamat dengan kebanjiran pendatang ini terutama di tempat awam kerana baginya dia terdedah kepada bahaya lantaran kes jenayah melibatkan pendatang berkenaan yang banyak dilaporkan.

“Kadangkala apabila saya ke pusat beli-belah, terasa bukan berada di negara sendiri kerana jumlah pendatang ini terlalu ramai,” katanya dari Banting, Selangor.

Katanya, dia memahami kebanjiran pendatang di negara ini berpunca daripada penawaran pekerjaan dalam sektor pembangunan dan perkhidmatan seperti buruh kasar serta pembantu rumah.

Menurutnya, wad di hospital sentiasa dipenuhi pendatang berbanding rakyat Malaysia sendiri, malah masalah kekurangan katil sering kali berlaku.

Pendapat ini turut dikongsi Tini Maidi yang menetap di Puchong.

Beliau berkata, kebanjiran pendatang asing sering membawa masalah kepada penduduk tempatan serta menimbulkan rasa tidak selamat untuk keluar bersendirian malah sukar membezakan sama ada mereka adalah pendatang asing ataupun penduduk tempatan.

“Selalunya saya akan keluar menaiki kereta sendiri, tetapi hari ini (semalam) saya ingin merasai pengalaman menggunakan pengangkutan awam seperti bas, monorel dan transit aliran ringan (LRT), tetapi terkejut melihat kehadiran mereka di setiap pengangkutan berkenaan,” katanya yang ditemani adik.

Katanya, dia tidak selesa dengan kebanjiran pendatang asing dan serik menggunakan pengangkutan berkenaan sambil menyatakan dia hampir bergaduh dengan mereka ketika hendak turun dari bas.

Namun, berbeza pula bagi Muhamad Yazdi Che Ya, 36, berkata kehadiran pendatang ini membuka peluang perniagaan dan mewujudkan aktiviti jual beli.

“Hasil perniagaan saya selalu meningkat pada cuti umum kerana bagi mereka yang menerima gaji akan menghantar wang kepada keluarga di negara masing-masing,” katanya yang membuka syarikat remit.
SidiA
SidiA
Kawan Masam..Sansen Gila..

Taurus Posts : 2719
Reputation : 18

http://toksiak-reputs.blogspot.com

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum