FORUM ALUMNI SMK AYER HITAM
~~~SELAMAT DATANG~~~
~~~Jom Update Topik-topik yang ada~~~
~~~Silaturrahim dijalin, kenangan dirungkai, membibitkan kembali senyuman~~~


Kalau belum Register....apalagiii...register je leee.....

Join the forum, it's quick and easy

FORUM ALUMNI SMK AYER HITAM
~~~SELAMAT DATANG~~~
~~~Jom Update Topik-topik yang ada~~~
~~~Silaturrahim dijalin, kenangan dirungkai, membibitkan kembali senyuman~~~


Kalau belum Register....apalagiii...register je leee.....
FORUM ALUMNI SMK AYER HITAM
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Pelajar keracunan makanan -- 24 orang di SMK Ayer Hitam, Alor Star

Go down

Pelajar keracunan makanan -- 24 orang di SMK Ayer Hitam, Alor Star Empty Pelajar keracunan makanan -- 24 orang di SMK Ayer Hitam, Alor Star

Post by Admin Thu Jul 23, 2009 5:16 pm

Pelajar keracunan makanan -- 24 orang di SMK Ayer Hitam, Alor Star


Oleh Rosmawati Mion
(dipetik dari utusan online)

ALOR STAR 19 Jun – Selepas 120 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Ayer Hitam dekat sini mengalami keracunan makanan semalam, seramai 24 lagi pelajar sekolah itu dikejarkan ke Klinik Kesihatan Ayer Hitam pagi ini kerana masalah yang sama.
Kesemua mereka menerima rawatan pesakit luar di klinik tersebut kira-kira pukul 10.30 pagi setelah mengadu sakit perut.
Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Hitam, Datuk Othman Aziz berkata, siasatan awal mendapati kejadian tersebut dipercayai berpunca daripada sambal nasi lemak yang dijual di kantin sekolah itu.
‘‘Bagaimanapun, saya masih belum pasti punca sebenar keracunan makanan tersebut.
‘‘Cuma ia dikatakan berpunca daripada nasi lemak dan lauk sambal yang dijual di kantin berkenaan,” katanya kepada pemberita selepas menjadi tetamu dalam wawancara khas Kedahfm sempena Hari Belia di Radio Televisyen Malaysia (RTM) di sini, hari ini.
Semalam, seramai 120 pelajar termasuk 10 pelajar asrama sekolah itu dikejarkan ke Hospital Jitra dan Klinik Kesihatan Ayer Hitam selepas mereka mengadu sakit perut serta cirit-birit.
Kejadian yang bermula dari malam semalam hingga awal pagi ini dikatakan berlaku selepas kesemua pelajar itu menikmati makanan di kantin sekolah tersebut pada waktu rehat.
Ekoran kejadian itu, Pejabat Kesihatan Daerah telah mengeluarkan arahan agar kantin sekolah berkenaan ditutup selama tiga hari mulai semalam.
Sebelum kejadian itu, seramai 39 pelajar Sekolah Kebangsaan Tandop Besar di Kuala Nerang turut mengalami masalah yang sama apabila mengadu sakit perut, cirit-birit dan muntah-muntah selepas mengambil makanan pada waktu rehat di sekolah.
Othman yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Belia dan Sukan negeri berkata, pihaknya kesal dengan kejadian itu dan menasihatkan agar pengusaha kantin sentiasa mementingkan kebersihan disamping memastikan makanan yang disediakan untuk pelajar selamat dimakan.



aku dapat dari intenet~sidi
Admin
Admin
Admin

Posts : 22
Reputation : 1

https://smkah.forumms.net

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum