FORUM ALUMNI SMK AYER HITAM
~~~SELAMAT DATANG~~~
~~~Jom Update Topik-topik yang ada~~~
~~~Silaturrahim dijalin, kenangan dirungkai, membibitkan kembali senyuman~~~


Kalau belum Register....apalagiii...register je leee.....

KAYA......

View previous topic View next topic Go down

KAYA......

Post by SidiA on Sat Aug 22, 2009 11:18 am

Siapa nak kaya? Tentu ramai yang nak kaya. Tapi resepi yang saya akan ceritakan ini bukanlah resepi untuk menjadi orang yang kaya, berduit banyak, berumah besar. Sebaliknya ini adalah resepi untuk kaya, sejenis jem/krim yang dimakan bersama dengan roti, yang menjadi kegemaran ramai baik kepada yang tua mahupun kepada generasi baru zaman kini!

Selalunya kita beli kaya di supermarket atau di kedai runcit. Ada banyak brand kaya di pasaran. Semua sedap-sedap belaka. Namun bagi sesiapa yang nak memahirkan diri memasak kaya sendiri, boleh cuba resepi saya ini. Pasti kepuasannya berbeza! Lagipun, seni membuat kaya ini telahpun diwariskan turun temurun oleh nenek moyang kita, justeru adalah sangat menyedihkan sekiranya generasi kita sekarang ini tidak tahu bagaimana hendak membuat sendiri jem kaya ini. ^_^




Bahan-Bahan

Untuk Karamel/Gula Hangus

60g gula pasir
125ml air

Untuk Adunan Kaya

3 biji telur gred A
240g gula pasir
300ml santan pekat (satu biji kelapa)
2 helai daun pandan


Langkah-langkah

Pertama sekali, kita perlulah buat gula hangus/karamel terlebih dahulu. Goreng gula di dalam periuk tanpa minyak, kemudian tambahkan sedikit demi sedikit air sehingga menjadi warna keperangan. Cukup setakat golden-golden gitu, jangan lama sangat nanti pahit pula.

Kemudian, di dalam periuk yang lain, campurkan gula dan telur. Kacau hingga sebati. Seterusnya, masukkan daun pandan yg telah dicarik-carikkan, santan serta karamel/gula hangus tadi. Masakkan di atas api yang perlahan, sehingga sebatian menjadi pekat dan berkilat. Jangan berhenti kacau!

Setelah itu, siap! Terpulanglah anda hendak makan dengan roti sementara masih panas-panas, atau anda ingin sejukkan dahulu. Tahniah, lepas ni tentu anak/suami/adik-beradik anda kagum dengan kebolehan anda membuat kaya sendiri!

Selamat mencuba!

_____________________________________________
|..KLIK JEEE... Isap rokok

SidiA
Kawan Masam..Sansen Gila..

Taurus Posts : 2719
Reputation : 18

http://toksiak-reputs.blogspot.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum