FORUM ALUMNI SMK AYER HITAM
~~~SELAMAT DATANG~~~
~~~Jom Update Topik-topik yang ada~~~
~~~Silaturrahim dijalin, kenangan dirungkai, membibitkan kembali senyuman~~~


Kalau belum Register....apalagiii...register je leee.....

Lelaki Aceh dihukum penjara, sebatan

Go down

Lelaki Aceh dihukum penjara, sebatan

Post by SidiA on Tue Sep 07, 2010 11:11 pm

Lelaki Aceh dihukum penjara, sebatan
07/09/2010 5:11pm

SHAH ALAM - Seorang buruh dari Aceh, Indonesia, dijatuhi hukuman penjara 11 tahun dan 10 kali sebatan oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas mengaku bersalah memiliki dadah jenis ganja, empat tahun lepas.

Hakim Mohd. Yazid Mustafa memerintahkan tertuduh Ismadi Muhammad, 29, menjalani hukuman itu berkuatkuasa dari tarikh dia ditangkap pada hari kejadian iaitu 27 Julai 2006.

Tertuduh didakwa memiliki ganja seberat 2,401 gram di sebuah rumah di Jalan Sentosa 49 KU3, Off Jalan Meru, Klang.

Dia didakwa mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 39A(2) Akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum seumur hidup dan sekurang-kurangnya 10 kali sebatan.

Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Fadhli Mat Sutris mengendalikan pendakwaan sementara tertuduh diwakili peguam Gurbachan Singh. - Bernama

_____________________________________________
|..KLIK JEEE... Isap rokok
avatar
SidiA
Kawan Masam..Sansen Gila..

Taurus Posts : 2719
Reputation : 18

http://toksiak-reputs.blogspot.com

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum