FORUM ALUMNI SMK AYER HITAM
~~~SELAMAT DATANG~~~
~~~Jom Update Topik-topik yang ada~~~
~~~Silaturrahim dijalin, kenangan dirungkai, membibitkan kembali senyuman~~~


Kalau belum Register....apalagiii...register je leee.....

Join the forum, it's quick and easy

FORUM ALUMNI SMK AYER HITAM
~~~SELAMAT DATANG~~~
~~~Jom Update Topik-topik yang ada~~~
~~~Silaturrahim dijalin, kenangan dirungkai, membibitkan kembali senyuman~~~


Kalau belum Register....apalagiii...register je leee.....
FORUM ALUMNI SMK AYER HITAM
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Pesta khatan berkepit pondan

3 posters

Go down

Pesta khatan berkepit pondan Empty Pesta khatan berkepit pondan

Post by shaifulanuar Thu Mar 18, 2010 7:00 am

2010/03/17 KUALA SANGLANG: Bagaikan kabaret. Perbuatan beberapa penduduk menari bersama mak nyah yang berpakaian seksi sambil meneguk air ketum bagi mendapatkan ‘mood’ berjoget lambak bersama pasangan dikesan di sebuah rumah penghuni Kampung Kuala Sanglang di sini, malam kelmarin.

Malah, sekumpulan lelaki yang menjadi pelanggan turut dilihat seolah-olah ‘lalok’ kerana kebanyakan mereka dipercayai berada di bawah pengaruh air ketum yang dikatakan turut disajikan sepanjang pesta kenduri kampung berkenaan.

Tinjauan Harian Metro di kampung berkenaan kira-kira jam 11 malam kelmarin mendapati, lebih 100 penduduk termasuk mak nyah berjoget lambak sambil diiringi pemuzik tradisional yang kebanyakannya warga emas.


Tanpa rasa segan, penduduk seperti dirasuk selepas mendengar alunan muzik lantas menarik mak nyah untuk berjoget bersama.


Difahamkan, semua pondan yang berperwatakan tidak ubah seperti wanita itu dipercayai dibawa sebagai tarikan bagi tujuan pesta sempena majlis khatan yang diadakan pada sebelah pagi di rumah terbabit.


Menurut sumber, mereka mula berkumpul di rumah penduduk terbabit kira-kira jam 8 malam dan berlarutan hingga tengah malam.




“Saya hairan bagaimana pesta tari menari itu boleh diadakan di kampung ini. Setakat mendengar muzik tradisional tidak mengapa, tapi sehingga menjemput mak nyah berjoget bersama...ini sangat memalukan. “Sekurang-kurangnya 10 mak nyah berpakaian seksi dan mengenakan solekan tebal disediakan sepanjang pesta berlangsung,” katanya.


Kumpulan pondan terbabit, katanya, dilihat galak menari dengan aksi ‘gedik’ dan mengghairahkan ketika melayan pelanggan menari sehingga ada aksi yang dipertontonkan kadangkala agak keterlaluan.


“Aksi pondan kabaret berjoget sambil berpelukan dengan lelaki terbabit saja sudah menjijikkan. Ini ditambah ‘wayang’ golongan terbabit dengan pasangan dalam gelap.


“Ini kejadian kedua membabitkan pesta sama di kawasan ini. Pondan terbabit didatangkan khas untuk memeriahkan pesta berkenaan dan mereka akan bertindak sebagai perempuan joget,” katanya yang malu dengan tindakan penduduk terbabit mengadakan pesta berkenaan.


Sementara itu, Pengarah Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik), Datuk Khairuddin Zin, berkata pihaknya memandang serius perbuatan itu kerana difahamkan ia kejadian kedua membabitkan pesta sama di kawasan berkenaan.


Beliau berkata, pasukan penguat kuasa Jaik akan membuat siasatan dan pemantauan di lokasi berkenaan bagi memastikan kejadian sama tidak berulang.


“Kami tidak memperoleh maklumat mengenai perkara itu dan saya percaya ia tidak diadakan kerap kerana mereka bimbang kegiatan itu dihidu pihak berkuasa.


“Jaik mempunyai kuasa mengambil tindakan terhadap lelaki yang berpakaian seperti perempuan selain berkelakuan kurang sopan di kawasan umum.


“Mereka boleh didakwa mengikut Seksyen 9 Enakmen Jenayah Syariah Kedah kerana berkelakuan tidak sopan,” katanya ketika dihubungi, semalam. Cemuih Tutop Telinga
shaifulanuar
shaifulanuar
Kawan Rajin Chin Kelaih

Capricorn Posts : 607
Reputation : 3

Back to top Go down

Pesta khatan berkepit pondan Empty Re: Pesta khatan berkepit pondan

Post by yong77 Fri Mar 19, 2010 4:11 pm

kembali ke zaman jahilliy........ Ampun
yong77
yong77
Kawan Kerap Masuk

Capricorn Posts : 61
Reputation : 0

Back to top Go down

Pesta khatan berkepit pondan Empty Re: Pesta khatan berkepit pondan

Post by SidiA Sat Mar 20, 2010 8:30 pm

adoooiiiii...awat jadik lagu ni........warning dah bagi dgn panaih terik.....tapi tk nmpak lagi kaa...
SidiA
SidiA
Kawan Masam..Sansen Gila..

Taurus Posts : 2719
Reputation : 18

http://toksiak-reputs.blogspot.com

Back to top Go down

Pesta khatan berkepit pondan Empty Re: Pesta khatan berkepit pondan

Post by shaifulanuar Mon Mar 22, 2010 10:50 am

kena pakat2 jaga la.....kena minta en bun tlg pantau
shaifulanuar
shaifulanuar
Kawan Rajin Chin Kelaih

Capricorn Posts : 607
Reputation : 3

Back to top Go down

Pesta khatan berkepit pondan Empty Re: Pesta khatan berkepit pondan

Post by SidiA Mon Mar 22, 2010 11:23 pm

tu laa...kena pantau ni...
SidiA
SidiA
Kawan Masam..Sansen Gila..

Taurus Posts : 2719
Reputation : 18

http://toksiak-reputs.blogspot.com

Back to top Go down

Pesta khatan berkepit pondan Empty Re: Pesta khatan berkepit pondan

Post by shaifulanuar Tue Mar 23, 2010 6:56 am

helo helo mn pi habeh
shaifulanuar
shaifulanuar
Kawan Rajin Chin Kelaih

Capricorn Posts : 607
Reputation : 3

Back to top Go down

Pesta khatan berkepit pondan Empty Re: Pesta khatan berkepit pondan

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum