FORUM ALUMNI SMK AYER HITAM
~~~SELAMAT DATANG~~~
~~~Jom Update Topik-topik yang ada~~~
~~~Silaturrahim dijalin, kenangan dirungkai, membibitkan kembali senyuman~~~


Kalau belum Register....apalagiii...register je leee.....

Join the forum, it's quick and easy

FORUM ALUMNI SMK AYER HITAM
~~~SELAMAT DATANG~~~
~~~Jom Update Topik-topik yang ada~~~
~~~Silaturrahim dijalin, kenangan dirungkai, membibitkan kembali senyuman~~~


Kalau belum Register....apalagiii...register je leee.....
FORUM ALUMNI SMK AYER HITAM
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Mengkala nak kaya?

3 posters

Go down

Mengkala nak kaya? Empty Mengkala nak kaya?

Post by JOHARISALLEH Fri Nov 06, 2009 6:14 pm

Mengkala nak kaya,
Dari dulu duk melengu macam tu saja,
ada duit sikit masuk skim nak jadi kaya,
tup-tup lingkup menatang apa pun tak ada,


bila dah kena, mata jadi merah menyala,
kepala duk pikiq nak buat menatang apa,
idea macam2 duk musing dalam kepala,
tapi perlaksanaan tak pernah di cuba,
bila dapat pertologan sikit dah mula nak lupa...
had duk pikiq tadi tah resup tak tau kemana.......
dah rasa lega.......(tapi bukan lama mana...)
lepas tu balik jadi asal......menyesal pula....

pikir lagi macam mula-mula...
habis tu ...nak jadi apa?
sebab tu Mahathir kata melayu mudah lupa.....

bukan aku kata kat hangpa semua...
tapi kata kat aku ataupun kita....
macam mana melayu nak berjaya....
aku ada rahsia....
Apa yang orang asing dah buat lama...
kita pun tau tapi kita buat-buat alpa....
bukan pasal apa....pasai kita nak untung saja..
tak pikir orang lain hanya untuk kita....

macam mana nak jadi macam c**a
nampak mereka macam kaya..'
depa ambil duit mana....
ada projek depa lambat lepa....
pasai apa.....?

dulu mak bapak depa pikiq kedepan....
nak cari untung untuk masa depan...
sebab tu bila depa takdak anak depa dihadapan....
.......
......nak wat lagu mana?...MASUKLAH INSURAN

kalau kita duk pikir lagii...'
duit tak kemana habis kat bini...
duk korek sana duk korek sini...
pasai nak bayar kad kredit dan ceti...

maaflah kawan aku mengarut,
saja luahkan perasaan yang serabut,
melihat anak bangsa yang makin karut,

nasihat aku pikiq la kedepan..
jangan berlengah ambillah insuran...
sebab ianya tiada penipuan...
dan jangan berhenti ditengah jalan....

pilihlah mana-mana insuran
semuanya elok buat masa hadapan,
tapi kalau anda semua berkenan
saya pun Great Eastern Life punya Agen....
JOHARISALLEH
JOHARISALLEH
Kawan Baloq Liat

Pisces Posts : 15
Reputation : 0

Back to top Go down

Mengkala nak kaya? Empty Re: Mengkala nak kaya?

Post by mailsnsb_2 Fri Nov 06, 2009 6:53 pm

ambuih,,,dalam dok pantun sakan dok promote nooo.sya pun dah beli insuran great eastern life dulu duluuuu.tp baguih insuran ni untuk masa depan..
mailsnsb_2
mailsnsb_2
Kawan Kerap Masuk

Libra Posts : 228
Reputation : 3

Back to top Go down

Mengkala nak kaya? Empty Re: Mengkala nak kaya?

Post by SidiA Fri Nov 06, 2009 9:26 pm

hik hik hik....maksud yg nk disampaikan ada kt bawah sekali ropanyaaaa....hehehehe...
SidiA
SidiA
Kawan Masam..Sansen Gila..

Taurus Posts : 2719
Reputation : 18

http://toksiak-reputs.blogspot.com

Back to top Go down

Mengkala nak kaya? Empty Re: Mengkala nak kaya?

Post by JOHARISALLEH Sat Feb 27, 2010 2:12 pm

assalamualaikum, pembuka bicara,
mata mengantuk , mulut ternganga,
dimana hilangnya kengkawan semua,
tiap-tiap kali masuk sapa pun takda,
biarlah orang nak kata apa,
tapi hari ni aku nak cerita,
nak lepaskan beban dikepala,
hak baca ke tak nak biar pi kat hampa,

berakit-rakit kehulu, berenang renang dikolam,
bersakit2 itu dulu , bersenang nak senang wallahuaqlam,
susah senang mak bapak kita, kerja siang balik malam
kita perabis harta meraka , ibarat gomba, air di kolam.

bila kita mula bekerja,
terbayang yang indah2 belaka
nak balas jasa orang tua,
bolehla
sebulan dua...
lepas tu duk kalang kabut mencari anak dara atau teruna
bukan nak wat apa ,
nak buat masjid katanya.

bila dah kawin memang bahagia,
ada yang suka banyak yang duka,
yang gaji besaq suka belaka,
yang gaji kecik merana tak sangga,

dunia dirasa kejam sekali
penat bekerja setiap hari
tapi duit tak tau mana pi,
......................
jangan salahkan orang ditepi,
ini semua salah sendiri,
waktu sekolah orang suruh mengaji,
tapi dia lari, pi hisap rokok dan main dam haji,


................walau apapun jangan teriak,
bukan nasib kita tak dak,
cuma kita harus mencongak congak,
kerana masih ada ruang yang banyak,

kalau dulu tak pandai mengaji,
nak wat cam mana ..yang dulu biar pi....
kita kira masa la ni....nak cari duit nak bagi hepi.


Emas dan ASB ada dari dulu,
kita duk gadai , pelaburan tak mau,
kita ingat untung tak laju,
bubuh la ni ..setahun menunggu..

itu yang kita silap,
kerana kita berpikiran malap,
tak mau buka mata yang lelap,
last sekali kita juga yang piap.

sebenarnya duit boleh jana duit,
tapi ia ambil masa sikit,
emas dan asb adalah bukit duit,
nak wat cam ne????...... u must wait..


Asb....Amanah Saham Bumiputera,
kumpul duit ,,,jumat2 belanja,
lepas ada satu jumlah laba,
buat satu sijil PNB dijumpa,
lepas tu tunggu apa,
pergilah cari bank2 yang ada,
pergi tanya nak wat cam na,
bank mesti kata 'ini bank OD pun ada'

nak OD kena pandai kira-kira
displin dan sabar ,salah satu kuncinya
duit akan jadi berganda,
dari satu dah jadi dua,
kalau mula tebal modalnya,
lagi sakan untung diterima,
tapi kalau kita tak mula,
duk macam tu saja la.........

Emas.......pula
lagi mudah cerita
ada emas banyak taksangga,
haya buat tunjuk dikenduri kenara,
orang puji syok jadinya
tapi habis musim padi
duduk dalam kedai c**a.

apa kata kita tukar cara dan syarat
ada emas pi bubuh dalam bank rakyat,
duit yang dapat apa yang perlu dibuat,
beli lagi emas dan letak dalam bank rakyat,

bila beli 3 ke 4 kali
emas kita menjadi -jadi
emas dah habis di tangan dan kaki,
oooooiiii betul ke ni...
ini cara apa ni ....marah la bini

............dengar dulu saya nak pesan,,
harga emas sentiasa hebat dipasaran,
sentiasa naik sakan dan sakan
kalau disimpan sekian lama ,
harta akan berganda-ganda

tapi jangan percaya kawan
kalau nak buat tak perlu ada agen,
pergi sendiri buat hitungan,
apa yang penting maklumat yang lengkap perlu didapatkan
agar selamat tak sakit badan.

sekian saja buat kali ini..
kalau rajin saya masuk lagi,
salam dihulur pengganti diri,
asalamualaikum.....Lu pikir la sendiri
JOHARISALLEH
JOHARISALLEH
Kawan Baloq Liat

Pisces Posts : 15
Reputation : 0

Back to top Go down

Mengkala nak kaya? Empty Re: Mengkala nak kaya?

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum