FORUM ALUMNI SMK AYER HITAM
~~~SELAMAT DATANG~~~
~~~Jom Update Topik-topik yang ada~~~
~~~Silaturrahim dijalin, kenangan dirungkai, membibitkan kembali senyuman~~~


Kalau belum Register....apalagiii...register je leee.....

Separuh pengguna mahu bas ekspres malam - Miros

View previous topic View next topic Go down

Separuh pengguna mahu bas ekspres malam - Miros

Post by SidiA on Mon Dec 28, 2009 2:48 pm

Separuh pengguna mahu bas ekspres malam - Miros

IPOH 27 Dis. - Cadangan melarang bas ekspres beroperasi selepas tengah malam sukar dilaksanakan kerana separuh daripada pengguna lebih cenderung menggunakan perkhidmatan itu pada waktu tersebut.

Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros), Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd. Sadullah berkata, kajian pihaknya mendapati penumpang lebih selesa bergerak pada waktu malam supaya sampai ke destinasi pada keesokan paginya.

''Separuh daripada penumpang tetap mahu bergerak pada waktu malam. Ini kerana setiap hujung minggu penumpang mahu pulang ke kampung dan meluangkan masa lebih lama bersama keluarga masing-masing.

''Jadi Miros mencadangkan supaya kerajaan mencari jalan lain bagi menyelesaikan masalah ini. Kita juga bimbang penumpang bas ekspres akan memilih menggunakan motosikal pada waktu malam untuk pulang ke kampung, ini lebih berbahaya,'' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau mengulas cadangan Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir supaya operasi semua bas ekspres pada waktu malam dihentikan ekoran kemalangan meragut 10 nyawa di Kilometer 272.8 Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara di sini awal pagi semalam.

Beliau berharap Kerajaan Pusat menimbangkan cadangannya itu dan turut mengarahkan siasatan segera dijalankan bagi mengetahui punca kemalangan membabitkan bas ekspres dua tingkat terbabit.

Ahmad Farhan berkata, kajian pihaknya juga mendapati kemalangan lebih kerap berlaku pada dua waktu utama iaitu selepas tengah hari dan selepas tengah malam.

Katanya, kebanyakan kemalangan berlaku antara pukul 12 tengah hari hingga pukul 4 petang, manakala bagi waktu malam, ia bermula antara pukul 12 tengah malam hingga pukul 2 pagi.

Beliau bagaimanapun mengakui bahawa kejadian kemalangan ngeri lebih banyak berlaku selepas tengah malam.

''Dalam hal ini, Miros mencadangkan kepada kerajaan supaya meningkatkan profesionalisme pemandu bas dan lori itu sendiri. Mereka perlu dilatih dan diberi sijil kelayakan.

''Kita mahu mempunyai pemandu pengangkutan awam yang lebih bertanggungjawab dan sentiasa mengutamakan keselamatan penumpang,'' katanya sambil menambah banyak syarikat bas sukar mencari pemandu yang benar-benar cekap dan terlatih untuk diambil bekerja.

Sementara itu, Ahmad Farhan berkata, Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) perlu mengawal penggunaan bas ekspres dua tingkat di negara ini.

''Bas dua tingkat tidak sesuai digunakan bagi laluan tertentu di negara ini. Syarikat bas ekspres tidak boleh terlalu mengejar untung kerana bas dua tingkat memang boleh bawa lebih banyak penumpang

''Pengendalian bas dua tingkat lebih sukar, ia tidak boleh dipandu terlalu laju dan perlu lebih berhati-hati sewaktu di selekoh. Bas dua tingkat perlu dikendalikan oleh pemandu yang benar-benar cekap dan terlatih sahaja,'' ujar beliau.

_____________________________________________
|..KLIK JEEE... Isap rokok

SidiA
Kawan Masam..Sansen Gila..

Taurus Posts : 2719
Reputation : 18

http://toksiak-reputs.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Separuh pengguna mahu bas ekspres malam - Miros

Post by MetSanglang on Mon Dec 28, 2009 3:06 pm

agak2 setiap dreba bas kena ada 1 org dok menyembang ngan dia,baghu tak ngantuk kot?

MetSanglang
Kawan Rajin Chin Kelaih

Aquarius Posts : 656
Reputation : 6

Back to top Go down

Re: Separuh pengguna mahu bas ekspres malam - Miros

Post by SidiA on Mon Dec 28, 2009 5:48 pm

heheh...dulu aku kerap buat lagu dgn drebar Jelita...bawka plak balik tape hindustan......habih dlm baih tk tidoq...kena plak cerita Andaz....hehehehe

_____________________________________________
|..KLIK JEEE... Isap rokok

SidiA
Kawan Masam..Sansen Gila..

Taurus Posts : 2719
Reputation : 18

http://toksiak-reputs.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Separuh pengguna mahu bas ekspres malam - Miros

Post by shaifulanuar on Tue Dec 29, 2009 7:49 am

tu kena tanya tuan petas yg lama xjengoi

shaifulanuar
Kawan Rajin Chin Kelaih

Capricorn Posts : 607
Reputation : 3

Back to top Go down

Re: Separuh pengguna mahu bas ekspres malam - Miros

Post by rona on Tue Dec 29, 2009 10:35 am

habaq ja kat tokei bas ekspres tu ... susun bek bek jadual trip .. jgn dok ligan trip ... bg dreba rehat cukup ...

saya ni dreba bas persiaran ja, byk rehat,makan pun cukup .. bukan dreba bas ekspress ...

rona
Kawan Rajin Chin Kelaih

Pisces Posts : 741
Reputation : 2

Back to top Go down

Re: Separuh pengguna mahu bas ekspres malam - Miros

Post by SidiA on Tue Dec 29, 2009 1:19 pm

rona wrote:habaq ja kat tokei bas ekspres tu ... susun bek bek jadual trip .. jgn dok ligan trip ... bg dreba rehat cukup ...

saya ni dreba bas persiaran ja, byk rehat,makan pun cukup .. bukan dreba bas ekspress ...
Baguih Dok Ada

_____________________________________________
|..KLIK JEEE... Isap rokok

SidiA
Kawan Masam..Sansen Gila..

Taurus Posts : 2719
Reputation : 18

http://toksiak-reputs.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Separuh pengguna mahu bas ekspres malam - Miros

Post by cIK_kIYaH_aYaQ_iTaM on Tue Dec 29, 2009 3:07 pm

tak pa.. tak pa... baih mana2 pun tak pa.. cumanya berhati2 di jalan raya.. almaklum laaaa.. dah dok gheja kot jalan kan... bahaya... kita dah beringat dah.. orang pulak tak beringat.. pun kena jugak kat kita... apa2 pun.. saya do'akan incik2 semua InsyaAllah.. selamat dan sejahtera.. tiba2 aku rasa cam jadi pakar motivasi pulak.. thinking

cIK_kIYaH_aYaQ_iTaM
Kawan Rajin Masuk

Taurus Posts : 331
Reputation : 1

Back to top Go down

Re: Separuh pengguna mahu bas ekspres malam - Miros

Post by SidiA on Tue Dec 29, 2009 3:47 pm

cIK_kIYaH_aYaQ_iTaM wrote:tak pa.. tak pa... baih mana2 pun tak pa.. cumanya berhati2 di jalan raya.. almaklum laaaa.. dah dok gheja kot jalan kan... bahaya... kita dah beringat dah.. orang pulak tak beringat.. pun kena jugak kat kita... apa2 pun.. saya do'akan incik2 semua InsyaAllah.. selamat dan sejahtera.. tiba2 aku rasa cam jadi pakar motivasi pulak.. thinking
kalau betui hg jadi motivator la kan......aku duk belakang sure dok renggah gelak jaaa... cheesy cheesy nmpak mcm pelik....

_____________________________________________
|..KLIK JEEE... Isap rokok

SidiA
Kawan Masam..Sansen Gila..

Taurus Posts : 2719
Reputation : 18

http://toksiak-reputs.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Separuh pengguna mahu bas ekspres malam - Miros

Post by cIK_kIYaH_aYaQ_iTaM on Tue Dec 29, 2009 4:29 pm

SidiA wrote:
cIK_kIYaH_aYaQ_iTaM wrote:tak pa.. tak pa... baih mana2 pun tak pa.. cumanya berhati2 di jalan raya.. almaklum laaaa.. dah dok gheja kot jalan kan... bahaya... kita dah beringat dah.. orang pulak tak beringat.. pun kena jugak kat kita... apa2 pun.. saya do'akan incik2 semua InsyaAllah.. selamat dan sejahtera.. tiba2 aku rasa cam jadi pakar motivasi pulak.. thinking
kalau betui hg jadi motivator la kan......aku duk belakang sure dok renggah gelak jaaa... cheesy cheesy nmpak mcm pelik....

hahahahahah!! 'ai' nihhhhh... i baru ja berangan nak tukar profession!!

cIK_kIYaH_aYaQ_iTaM
Kawan Rajin Masuk

Taurus Posts : 331
Reputation : 1

Back to top Go down

Re: Separuh pengguna mahu bas ekspres malam - Miros

Post by shaifulanuar on Wed Dec 30, 2009 6:46 am

hehe en rona hat len buleh kompromi,,,tang mkn jgn dok wat main dia cukup pantangg..pantang ada

shaifulanuar
Kawan Rajin Chin Kelaih

Capricorn Posts : 607
Reputation : 3

Back to top Go down

Re: Separuh pengguna mahu bas ekspres malam - Miros

Post by cIK_kIYaH_aYaQ_iTaM on Wed Dec 30, 2009 10:23 am

tang makan tak pa!! lagu mana pun tak pa... jangan makan sampai ngantuk sudah!!

cIK_kIYaH_aYaQ_iTaM
Kawan Rajin Masuk

Taurus Posts : 331
Reputation : 1

Back to top Go down

Re: Separuh pengguna mahu bas ekspres malam - Miros

Post by Sponsored content Today at 1:19 am


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum