FORUM ALUMNI SMK AYER HITAM
~~~SELAMAT DATANG~~~
~~~Jom Update Topik-topik yang ada~~~
~~~Silaturrahim dijalin, kenangan dirungkai, membibitkan kembali senyuman~~~


Kalau belum Register....apalagiii...register je leee.....

takziah kpd keluarga normah matang paku

View previous topic View next topic Go down

takziah kpd keluarga normah matang paku

Post by shaifulanuar on Thu Dec 24, 2009 6:27 am

kepada semua rakan2 yg mengenalinya atau pun tidak,beliau telah kembali ke rahmatullah semlm kerana eksiden,,dia dulu sekelas dengan saya thn 95 3e..sekelas juga dgn dara,wak adik bun,,eksiden tang mn xpasti ni bru nk check,,al fatihah

shaifulanuar
Kawan Rajin Chin Kelaih

Capricorn Posts : 607
Reputation : 3

Back to top Go down

Re: takziah kpd keluarga normah matang paku

Post by shaifulanuar on Thu Dec 24, 2009 6:32 am

berita lanjut ada dalam berita harian,,,'XSEMPAT RAI ULANG TAHUN'

shaifulanuar
Kawan Rajin Chin Kelaih

Capricorn Posts : 607
Reputation : 3

Back to top Go down

Re: takziah kpd keluarga normah matang paku

Post by shaifulanuar on Thu Dec 24, 2009 6:43 am

Tiga beranak maut pada hari ulang tahun perkahwinan

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my



KEADAAN kereta Proton Wira yang hancur selepas dirempuh dan diheret sejauh 20 meter oleh sebuah lori membawa muatan tanah di persimpangan lampu isyarat Jalan Jitra-Kodiang, Kubang Pasu, Kedah petang semalam. Nahas itu yang melibatkan lima buah kenderaan menyebabkan tiga beranak mati serta-merta sementara seorang lagi cedera parah. – UTUSAN/ismail kamadin

--------------------------------------------------------------------------------



JITRA 23 Dis. – Sambutan ulang tahun kedua perkahwinan pasangan suami isteri ini tidak seperti pasangan lain.

Pasangan itu dan bayi perempuan mereka yang baru berusia sembilan bulan, menemui ajal setelah sebuah lori tanah terbabas lalu menyeret kereta Proton Wira dinaiki tiga beranak itu sejauh 20 meter.

Kemalangan ngeri membabitkan lima buah kenderaan itu berlaku di persimpangan tiga lampu isyarat Jalan Jitra-Kodiang di sini kira-kira pukul 5 petang ini.

Pasangan yang terbunuh itu ialah Benyamin Yaakub, 30, warga Indonesia yang mendapat taraf penduduk tetap dan Normah Md. Isa, 28. Bayi mereka yang dikenali sebagai Ilnur Balkis turut terkorban.

Kereta Wira yang dipandu oleh Benyamin ketika itu sedang berhenti di persimpangan lampu isyarat tersebut.

Kesemua mangsa tersepit dalam kereta mereka yang remuk teruk. Anggota bomba dan penyelamat mengambil masa selama 30 minit untuk mengeluarkan mayat tiga beranak itu.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supritendan Sawaluddin Haminuddin berkata, kemalangan dipercayai berlaku apabila lori tanah yang datang dari arah bulatan Hospital Jitra menghala ke pekan Jitra itu mengalami masalah brek.

Lori itu kemudian dikatakan bergesel dengan sebuah kereta Proton Wira sebelum memasuki laluan bertentangan.

Berikutan itu, katanya, pemandu lori tersebut cuba mengelak daripada merempuh sebuah pondok polis di tepi jalan yang ketika itu terdapat ramai orang.

Kenderaan berat tersebut merempuh kereta yang dinaiki tiga beranak itu dan sebuah kereta Naza Sutera yang berhenti di persimpangan lampu isyarat berkenaan.

Kedua-dua kereta tersebut berhenti di persimpangan dari arah Kodiang menghala ke Jitra.

‘‘Rempuhan itu mengakibatkan kereta Naza Sutera yang dinaiki sepasang suami isteri terbabas sejauh 10 meter manakala kereta Proton Wira itu pula diseret sejauh 20 meter sebelum berhenti setelah merempuh kedai makan yang terletak di tingkat bawah Plaza Mara Jitra.

‘‘Ketika sedang mengheret kereta Wira itu, lori tersebut melanggar sebuah Perodua Kancil yang memasuki Jalan Kodiang. Bagaimanapun, kereta terbabit hanya mengalami kerosakan kecil,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Menurut Sawaluddin, pemandu kereta Naza Sutera terbabit, Othman Bakar, 50, mengalami kecederaan parah serta tidak sedarkan diri dan dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah sementara isterinya yang berusia 49 tahun cedera ringan.

Katanya, pemandu lori berusia 34 tahun itu hanya mengalami cedera ringan dan kini ditahan polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mayat ketiga-tiga beranak itu dihantar ke Hospital Jitra untuk bedah siasat sebelum dituntut oleh waris mereka.

Sementara itu, ibu Normah, Siti Bedah Husin, 48, memberitahu, hari ini genap dua tahun anaknya itu dan Benyamin melangsungkan perkahwinan.

Dia yang masih bersedih dengan kejadian itu tidak dapat menahan sebak apabila melihat dua batang gigi cucunya ketika melawat jenazah mereka di bilik mayat hospital.

Beliau memberitahu, anaknya tinggal di Cherating, Kuantan, Pahang dan pulang bercuti di Permatang Bongor, Air Hitam di sini beberapa hari lalu.

Katanya, ketika kejadian, menantunya yang merupakan seorang pemborong mahu menghantar kain di pekan Jitra selain keluar makan bersama isteri dan anaknya.

shaifulanuar
Kawan Rajin Chin Kelaih

Capricorn Posts : 607
Reputation : 3

Back to top Go down

Re: takziah kpd keluarga normah matang paku

Post by MetSanglang on Thu Dec 24, 2009 2:56 pm

Semoga roh mereka ditempatkan bersama orang2 yang soleh dan dicucuri rahmat-Nya.amin.

MetSanglang
Kawan Rajin Chin Kelaih

Aquarius Posts : 656
Reputation : 6

Back to top Go down

Re: takziah kpd keluarga normah matang paku

Post by Khairi on Thu Dec 24, 2009 4:18 pm

Takziah pada keluarga Normah, aku dah baca paper tadi, sedih la sbb depa sekeluarga maut di tempat kejadian.

Khairi
Kawan Masam..Sansen Gila..

Aries Posts : 1493
Reputation : 2

Back to top Go down

Re: takziah kpd keluarga normah matang paku

Post by SidiA on Thu Dec 24, 2009 6:47 pm

aduh........semoga roh mereka sekeluarga ditempat kan bersama mereka2 yg beriman.....amin..

_____________________________________________
|..KLIK JEEE... Isap rokok

SidiA
Kawan Masam..Sansen Gila..

Taurus Posts : 2719
Reputation : 18

http://toksiak-reputs.blogspot.com

Back to top Go down

Re: takziah kpd keluarga normah matang paku

Post by rona on Thu Dec 24, 2009 10:33 pm

takziah utk keluarga mereka ... alfatihah ....

sejak kebelakangan nie, byk sgt kemalangan maut di jalan raya .. saya menasihati diri saya sendiri serta kawan kawan semua, berhati hati la memandu di jalan raya .. jgn ikut perasaan ...

kepada kawan saya yg dok kat ampang, yg dok guna kelisa balik kampung nun jauh di utara .. memandu ikut had laju yg tetapkan ...

rona
Kawan Rajin Chin Kelaih

Pisces Posts : 741
Reputation : 2

Back to top Go down

Re: takziah kpd keluarga normah matang paku

Post by SidiA on Thu Dec 24, 2009 10:40 pm

rona wrote:takziah utk keluarga mereka ... alfatihah ....

sejak kebelakangan nie, byk sgt kemalangan maut di jalan raya .. saya menasihati diri saya sendiri serta kawan kawan semua, berhati hati la memandu di jalan raya .. jgn ikut perasaan ...

kepada kawan saya yg dok kat ampang, yg dok guna kelisa balik kampung nun jauh di utara .. memandu ikut had laju yg tetapkan ...
Day Dreaming Day Dreaming

_____________________________________________
|..KLIK JEEE... Isap rokok

SidiA
Kawan Masam..Sansen Gila..

Taurus Posts : 2719
Reputation : 18

http://toksiak-reputs.blogspot.com

Back to top Go down

Re: takziah kpd keluarga normah matang paku

Post by cIK_kIYaH_aYaQ_iTaM on Fri Dec 25, 2009 8:56 am

hermm... Innalillahhiwa'innailahiroji'un.. takziah....

cIK_kIYaH_aYaQ_iTaM
Kawan Rajin Masuk

Taurus Posts : 331
Reputation : 1

Back to top Go down

Re: takziah kpd keluarga normah matang paku

Post by wantote on Mon Dec 28, 2009 9:33 am

memang aku kenai sngt dgn normah,last jumpa dia bulan posa baru ni di kerpan dok tlg mak n adik dia berniaga..........al-fatihah!

wantote
Kawan Kerap Masuk

Aries Posts : 72
Reputation : 0

Back to top Go down

Re: takziah kpd keluarga normah matang paku

Post by ummi hakim binti hamzah on Thu Jan 14, 2010 8:57 pm

takziah n alfatihah...normah pernah duk asrama n satu dorm dgn ummi...sebelah katil..one of my best freind!ada ziarah jenazah allahyarhamah...sedih sgt dengaq cita mak dia...

ummi hakim binti hamzah
Kawan Baloq Liat

Virgo Posts : 11
Reputation : 0

Back to top Go down

Re: takziah kpd keluarga normah matang paku

Post by ajo on Sat Jan 16, 2010 5:40 pm

Aku pun Kenal dengan normah.. .Innalillahhiwa'innailahiroji'un. Salam takziah..

ajo
Kawan Baloq Liat

Scorpio Posts : 12
Reputation : 0

Back to top Go down

Re: takziah kpd keluarga normah matang paku

Post by Sponsored content Today at 7:18 am


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum