FORUM ALUMNI SMK AYER HITAM
~~~SELAMAT DATANG~~~
~~~Jom Update Topik-topik yang ada~~~
~~~Silaturrahim dijalin, kenangan dirungkai, membibitkan kembali senyuman~~~


Kalau belum Register....apalagiii...register je leee.....

Novel Terbaru:Ku Persembahkan Hati

View previous topic View next topic Go down

Novel Terbaru:Ku Persembahkan Hati

Post by tOksiak on Sun Jul 26, 2009 1:01 am




Sinopsis:

Zahra Liyana hanyalah seorang gadis yang cukup bersederhana dalam hidupnya. Pertemuan dengan Adib Irfan dalam suatu keadaan yang menyentuh perasaan, membuatkan kehidupannya berubah sama sekali. Atas dasar persahabatan, dia membantu Adib melakukan sesuatu yang tidak pernah dibayangkan sebelum ini, iaitu menjadi ‘kekasih’ jejaka itu di malam sambutan majlis ulang tahun perkahwinan ibu bapanya. Berlaku suatu peristiwa yang tidak disangka semasa majlis tersebut berlangsung. Kehadiran Zahra dalam hidup Adib, membuatkan jejaka ini tak lagi mengelakkan diri daripada komitmen. Tanggapannya berubah sama sekali. Dia perlukan Zahra untuk melengkapi hidupnya. Kepayahan meraih cinta dan hati gadis tersebut membuatkan Adib berazam menjaga Zahra sebaik mungkin. Kesungguhan jejaka itu menyemai cinta di jiwa Zahra. Lantas mereka nekad memeterai janji sehidup semati. Namun, dugaan menimpa apabila keikhlasan cinta dua jiwa diragui oleh seorang insan. Kasih suci dan ikatan yang terpatri direntap tanpa diketahui kebenarannya. Perpisahan membawa mereka jauh dari cinta yang masih tegar bersemi dalam sanubari.

Zulfi Zulkarnain…hatinya tak pernah lekang untuk gadis bernama Zahra Liyana. Takdir menemukan mereka semula. Sangkanya, Zahra yang ditinggalkan bahagia. Rupanya dia tersilap jangkaan, apabila Zahra bukan lagi milik orang. Dia menggunakan peluang yang ada di depan mata sebaiknya untuk mendampingi Zahra. Namun hatinya tidak setegar itu untuk mempertaruhkan kebahagiaan seorang wanita sedang dirinya menanti saat menuju detik kematian. Zahra menyakinkan dia, ada peluang untuk mereka bersama. Perasaan yang tinggal buat Adib tersemat sebagai sejarah. Diserahkan sepenuh jiwa raga kepada Zulfi demi sebuah perhubungan berlandaskan cinta suci. Kemunculan Adib setelah sekian lama menyepi tidak betah membuatkan kasih Zahra beralih. Jejaka itu memendam rasa, walau pun hatinya terlalu kecewa apabila Zahra bukan lagi untuknya. Dia merintih…namun dia rela berkorban andai insan yang dicintai bahagia. Dia pasrah menelan sengsara… bertemankan lara. Dia sedia melindungi Zahra biarpun hanya berpeluang melakukannya dari jauh

Tajuk: Ku Persembahkan Hati

Penerbit: Buku Prima

Harga: RM18.90

DAPATKAN DI POPULAR BOOK STORE

Iklan kan bagi pihak penulis~~tOksiak

tOksiak
Kawan Rajin Masuk

Cancer Posts : 370
Reputation : 1

http://toksiak-reputs.blogspot.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum