FORUM ALUMNI SMK AYER HITAM
~~~SELAMAT DATANG~~~
~~~Jom Update Topik-topik yang ada~~~
~~~Silaturrahim dijalin, kenangan dirungkai, membibitkan kembali senyuman~~~


Kalau belum Register....apalagiii...register je leee.....

Cara Rasullullah Mengelak dan Menyembuhkan Penyakit

View previous topic View next topic Go down

Cara Rasullullah Mengelak dan Menyembuhkan Penyakit

Post by Leh Korea on Tue Oct 20, 2009 8:34 pm

Assalammualaikum w.b.t

Petikan dari buku Cara Rasulullah S. A. W. mengelak dan menyembuhkan penyakit


MENERANGKAN PENGLIHATAN

Perkara yang boleh menerangkan pandangan dan menyejukkan hati iaitu melihat pada warna hijau, melihat air yang mengalir, melihat orang/barang yang disayangi dan melihat buah (dedaun). Perkara yang boleh menggelapkan pandangan iaitu berjalan tanpa alas (berkaki ayam), menyambut waktu pagi dengan wajah murka (masam), banyak menangis dan banyak membaca tulisan yang kecil-kecil.

PENYEBAB WAJAH BERSINAR

Perkara yang boleh menyebabkan wajah kelihatan kering (hilang cahaya) iaitu berdusta, tidak mempunyai perasaan malu, banyak bertanya tanpa ilmu dan banyak berbuat dosa. Perkara yang boleh menyebabkan wajah bersinar iaitu menjaga maruah, jujur, dermawan dan takwa.

PERASAAN BENCI

Perkara yang menyebabkan perasaan benci iaitu sombong, dengki, berdusta dan suka mengadu domba.


PERKARA YANG MENDATANGKAN DAN MENYEKAT REZEKI

Perkara yang boleh menyebabkan datangnya rezeki iaitu Qiyamullail (beribadah di waktu malam selepas tidur), banyak membaca istighfar di waktu sahur (masa sebelum masuk waktu subuh), bersedekah dan berzikir di waktu pagi dan petang. Perkara yang menyebabkan rezeki tersekat iaitu tidur di waktu pagi, sedikit mengerjakan sembahyang, malas dan khianat.


KEFAHAMAN DAN INGATAN

Perkara yang boleh menyebabkan rosaknya ingatan dan kefahaman iaitu sentiasa makan buah yang masam, tidur pada tengkuk (belakang kepala), hati sedih dan fikiran runsing. Perkara yang menyebabkan bertambahnya daya ingatan dan kefahaman iaitu kegembiraan hati, sedikit makan dan sedikit minum, mengawal makanan dengan sesuatu yang manis dan berlemak serta mengurangkan kelebihan yang memberatkan badan.

Maksud firman Allah:

Dan sesungguhnya kami jadikan untuk isi neraka jahanam kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunaknnya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lalai. (Al A'raaf: 179)

Kejayaan setiap manusia adalah dalam agama (islam). Sejauh mana ia taat kepada Allah, Ikut sunnah nabi SAW.

...Ali bin Abi Thalib r.a berkata:...' ketahuilah bahawa sesungguhnya sabar itu laksana kepala bagi jasad..jika kepala diputuskan tiada gunanya jasad ini'..tambahnya dgn nada tegas...'sesungguhn ya tiada iman bg seseorang yg tidak memiliki kesabaran... ..'

Leh Korea
Kawan Baru

Pisces Posts : 6
Reputation : 0

Back to top Go down

Re: Cara Rasullullah Mengelak dan Menyembuhkan Penyakit

Post by SidiA on Tue Oct 20, 2009 8:48 pm

gud info........thn sama dgn kami..sapa ni ekkk....kalau p tang salam perkenalan....buh maklumat ni lagi best.....baru sempoooiiii.....welkam bro...


Selamat datang kepada semua kawan2,tak kira tua atau muda,kehadiran tuan puan amatlah dihargai,tolong ikut format yang diberikan kerana lebih senang untuk kita mengenali/mengingati kenangan lalu.....


Nama:
Nickname:
Kampung:
La dok mana:
Keja apa/dimana:
Dulu dok kelas mana:
Tahun bila last di SMKAH(SMAH):
Email/Website:
Kontek hampa:
Sikit ucapan alu2an:

p/s: tolong copy format & paste kan ke new topic hampa ruang Salam Perkenalan,kerjasama amatlah dialu2kan.~Admin gilo kuaso~

_____________________________________________
|..KLIK JEEE... Isap rokok

SidiA
Kawan Masam..Sansen Gila..

Taurus Posts : 2719
Reputation : 18

http://toksiak-reputs.blogspot.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum