FORUM ALUMNI SMK AYER HITAM
~~~SELAMAT DATANG~~~
~~~Jom Update Topik-topik yang ada~~~
~~~Silaturrahim dijalin, kenangan dirungkai, membibitkan kembali senyuman~~~


Kalau belum Register....apalagiii...register je leee.....

Pasembor

View previous topic View next topic Go down

Pasembor

Post by SidiA on Sun Oct 18, 2009 8:45 pm



Bahan-bahan (1 family):
Bahan2 sampingan:
taugeh - dicelurkan dengan air panas
sengkuang - dihiris memanjang macam mancis
timun -dipotong bulat2 dan dihiris memanjang macam mancis
tauhu - digoreng dan dipotong dadu/wedges
ubi kentang - direbus, kupas kulit dan potong dadu
paru - rebus, dihiris, lumurkan dengan sedikit garam dan kunyit serbuk, goreng

Bahan2 untuk cucur udang:
300gm udang
100gm tepung gandum
20gm tepung beras
1 biji telur
140ml air - nie agak2 supaya adunan tepung tidak terlalu cair
segenggam taugeh - dibuang ekor
2 pokok daun kucai - dipotong 1" panjang
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng

cara:
1. satukan kesemua bahan kecuali minyak dan kacau sebati
2. panaskan minyak, ambil sesenduk adunan dan tuangkan ke dalam kuali. goreng terendam hingga kekuningan
3. toskan di atas kitchen towel dan biarkan sejuk. selepas itu bolehlah dipotong dadu besar2

Bahan2 untuk kuah:
250gm keledek - rebus hingga empuk, kupas kulit dan blend hingga lumat
200gm kacang tanah - disanggar, kupas kulit dan blend/tumbuk jangan terlalu halus
5 helai cili kering - goreng sedikit dengan minyak dan tumbuk. kalau blend tak perlu goreng
8-10 biji bawang kecil - tumbuk/blend
4 cawan air asam jawa dari sengenggam asam jawa
1 ketul gula melaka - dihiris halus
2 camb bijan - disangar, ketepikan
4 camb minyak untuk menumis
garam secukup rasa

cara:
1. panaskan minyak dan tumiskan bahan2 tumbuk/blend hingga wangi
2. masukkan keledek dan kacau sebentar. selepas itu masukkan air asam jawa lalu kacau hingga sebati. tutupkan periuk sebentar
3. apabila hampir mendidih, masukkan pula gula melaka dan perasakan dengan garam. jika terlalu pekat, bolehlah ditambahkan air
4. akhir sekali masukkan kacang tanah dan bijan. gaulkan hingga semua bahan sebati. tutup api apabila mendidih
5. bolehlah di tuangkan ke atas bahan2 sampingan dan cucur udang

note: bahan2 untuk kuah nie memang cukup untuk satu family tapi adunan cucur udang hendaklah di tambahkan menjadi dua kali ganda

_____________________________________________
|..KLIK JEEE... Isap rokok

SidiA
Kawan Masam..Sansen Gila..

Taurus Posts : 2719
Reputation : 18

http://toksiak-reputs.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Pasembor

Post by SidiA on Sun Oct 18, 2009 8:49 pm



Bahan-bahan ( 4 org )
**Bahan cucur udang**
1 1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan udang
2 biji bawang kecil
1 sudu besar cili boh
garam
air untuk bancuh tepung
1 1/2 sudu kecil baking powder

**Bahan cucur kelapa**
1 cawan tepung gamdum
3/4 cawan kelapa (saya guna kelapa kering jerr)
garam
air untuk membancuh

**Bahan kuah**
1 biji keledek sederhana besar (direbus hingga empuk)
2-3 biji bawang kecil
1 sudu besar cili boh (terpulang pada citarasa masing2 kalau nak pedas)
Sedikit kicap
Air untuk kuah
1/2 cawan kacang tumbuk
minyak untuk menumis
gula merah & garam secukup rasa

**Bahan lain**
3 biji kentang sederhana besar
4 biji telur
4 keping tauhu
1 biji timun
1 biji sengkuang
sedikit taugeh
Minyak untuk menggoreng
Cara-cara Bersihkan kulit kentang kemudian rebus kentang bersama kulitnya sehingga empuk. Kemudian goreng kentang tersebut bulat2 sehingga kekuningan (tak payah potong2).
Telur direbus (hard boil), kemudian buang kulit & digoreng bulat2 sehingga kekuningan.
Tauhu digoreng sehingga kekuningan.
Sediakan cucur udang. Gaulkan semua bahan cucur udang. Bancuhan seperti nak buat cekodok. Kemudian goreng dalam minyak panas sehingga kekuningan/ masak.
Sediakan cucur kelapa. Satukan semua bahan. Bancuhan jgn lembik sangat, agak2 boleh kepal. Buat bentuk seperti dalam gambar, kemudian goreng sehingga kekuningan/ masak.
Sediakan kuah. Tumis bawang sehingga wangi, masukkan cili. Blend keledek dengan air, kemudian masukkan dalam tumisan. Masukkan juga Kacang, garam & gula. Masukkan juga sedikit kicap (just nak bagi color jerr). Masak hingga mendidih. Kalau nak pekat, boleh letak lebih keledek
Cara nak hidang, potong semua bahan2 yang telah digoreng tadi. Timun & sengkuang dihiris. Gaulkan semuanya. Taugeh dicelur sedikit. Tuangkan kuah ke atasnya.

_____________________________________________
|..KLIK JEEE... Isap rokok

SidiA
Kawan Masam..Sansen Gila..

Taurus Posts : 2719
Reputation : 18

http://toksiak-reputs.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Pasembor

Post by SidiA on Sun Oct 18, 2009 8:49 pm

nnt aku nk try buat resepi ni...huuhuh

_____________________________________________
|..KLIK JEEE... Isap rokok

SidiA
Kawan Masam..Sansen Gila..

Taurus Posts : 2719
Reputation : 18

http://toksiak-reputs.blogspot.com

Back to top Go down

Re: Pasembor

Post by Sponsored content Today at 7:42 am


Sponsored content


Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum