FORUM ALUMNI SMK AYER HITAM
~~~SELAMAT DATANG~~~
~~~Jom Update Topik-topik yang ada~~~
~~~Silaturrahim dijalin, kenangan dirungkai, membibitkan kembali senyuman~~~


Kalau belum Register....apalagiii...register je leee.....

Join the forum, it's quick and easy

FORUM ALUMNI SMK AYER HITAM
~~~SELAMAT DATANG~~~
~~~Jom Update Topik-topik yang ada~~~
~~~Silaturrahim dijalin, kenangan dirungkai, membibitkan kembali senyuman~~~


Kalau belum Register....apalagiii...register je leee.....
FORUM ALUMNI SMK AYER HITAM
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

KENA BACA:PERATURAN BERFORUM

Go down

KENA BACA:PERATURAN BERFORUM Empty KENA BACA:PERATURAN BERFORUM

Post by Admin Sat Oct 17, 2009 8:15 pm

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pengunjung,

Dengan rasa rendah diri, sy mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi mengunjungi forum yg tidak seberapa ini, semoga kehadiran tuan/puan dapat mengembalikan perhubungan silaturrahim antara semua penuntut-penuntut Sek. Men. Keb. Ayer Hitam(SMKAH/SMAH), forum ini diwujudkan adalah untuk menyatukan kembali penuntut-penuntut yang telah lama terpisah (otai) tetapi tidak bermakna penuntut-penuntut SMKAH/SMAH yg masih lagi menuntut di situ tidak boleh melayari forum ini, sesiapa sahaja layak untuk berbuat demikian kerana tiada sekatan di sini.

Oleh yang demikian, sy berharap kepada semua pengunjung dapat menjaga tatatusila ketika berforum, jaga tuturkata, jangan mencarut dan jangan membuat provokasi, jangan sesekali meletak gambar/tulisan lucah/porno, pihak admin/moderator tidak akan teragak2 memberi amaran atau bertindak membuang nick anda selepas 3 kali amaran. Ini bertujuan untuk menjaga nama baik SMKAH/SMAH, disitulah ilmu kita tuntut, disitulah peradaban sebagai manusia diajar dan disitulah kita semua pernah belajar dan sekarang kita semua sudah otai(dewasa) tetapi masih lagikah kita tidak pandai menjaga peradaban.

Semoga kita semua berjaya di dalam apa bidang yg diceburi dan berjaya menjaga diri semasa berforum.

Yang baik datang dari Allah dan yang buruk adalah datang dari kita semua.
Budi bahasa amalan mulia.

Wasslam


~admin~
Forum Otai SMKAH


Last edited by Admin on Sat Oct 17, 2009 8:57 pm; edited 1 time in total
Admin
Admin
Admin

Posts : 22
Reputation : 1

https://smkah.forumms.net

Back to top Go down

KENA BACA:PERATURAN BERFORUM Empty Re: KENA BACA:PERATURAN BERFORUM

Post by Admin Sat Oct 17, 2009 8:46 pm

Berikut adalah peringkat2 yg akan dibuat oleh pihak admin/moderator:

1.) Memberi teguran di atas kesilapan yang dilakukan pada thread tersebut dengan nota berwarna merah.

2.) Memberi masa yang berpatutan kepada forumer untuk mengubah tajuk atau kandungan thread yang ditegur seperti penggunaan huruf besar, perkataan lucah, tajuk yang mengelirukan etc.

3.) Menegur sekali lagi sebagai peringatan terakhir (jika perlu)

4.) Mengambil tindakan seperti mendelete thread tersebut atau mengubah isi kandung thread tersebut mengikut kesesuaian.

5.) Jikalau forumer tersebut menimbulkan provokasi seperti melakukan spam atau mewujudkan kembali thread tersebut, Amaran1 akan dikeluarkan bersama teguran.

6.) Jikalau forumer tersebut masih gagal mematuhi malah mewujudkan kembali thread tersebut maka Amaran2 dan Amaran3 dikeluarkan mengikut turutan.

7.) Jikalau forumer tersebut masih lagi gagal mematuhi Amaran-Amaran tersebut maka pihak pentadbiran menganggap forumer tersebut sememangnya SENGAJA melawan etika berforum dan ingin menimbulkan suasana yang tidak harmoni. Maka forumer tersebut akan digantung membuat sebarang posting didalam forum selama tempoh yang dianggap bersesuaian oleh pihak pentadbiran. Walaubagaimanapun forumer tersebut masih boleh menghantar Personal Messege kepada Admin/Moderator bagi membetulkan kesalahan atau permohonan maaf atau rayuan yang mana berkenaan.

8.) Setelah tempoh pengantungan tamat, forumer tersebut bolehlah berforum seperti biasa. Walaubagaimanapun jikalau forumer tersebut masih lagi tidak berubah maka pihak admin/moderator akan block dan ban atau forumer tersebut akan di delete terus dari forum ini.

Forumer diminta dengan hormatnya mencari penyelesaian di ruangan Komen Apa Saja Pasai Forum untuk sebarang aduan atau penjelasan. Diingatkan aduan atau penjelasan tersebut hendaklah dibuat secara beretika dan tidak bersifat provokasi dan mengunakan bahasa yang sesuai, jikalau gagal pihak pentadbiran tidak akan melayani penjelasan atau aduan sebegini.

Peringkat Amaran1 sehingga Amaran3 akan dikenakan mengikut kesesuaian keadaan dan tidak tertakluk kepada turutan.

Pengantungan berposting di forum dilakukan samada salah satu darinya atau kedua-duanya serentak adalah mengikut keadaan dan kesesuaian kes.

Forumer dinasihatkan mematuhi segala etika berforum sebaik-baiknya bagi mengelakkan kesulitan kepada forumer lain dan pihak pentadbiran sendiri.

Pihak kami akan sedaya-upaya bertindak seadil-adilnya dan bertolerensi yang sehabis toleransi untuk mengawal suasana forum supaya senantiasa harmoni dan baik.

Pihak pentadbiran akan memaklumkan dari semasa ke semasa jikalau terdapat perubahan kepada peraturan ini dan pihak pentadbiran juga berhak mengubah peraturan tersebut tanpa sebarang notis.

Diminta jasabaik forumer-forumer supaya bersikap matang dan tidak mengikut emosi ketika ditegur oleh pihak pentadbiran dan ikutlah arahan yang ditetapkan.

Sebarang pertanyaan atau penjelasan lanjut bolehlah menghubungi pihak yang bertanggung jawab.

Sekian.

~admin~
Forum Otai SMKAH
Admin
Admin
Admin

Posts : 22
Reputation : 1

https://smkah.forumms.net

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum