Istana dikawal kotekk...
Page 1 of 1
Istana dikawal kotekk...
SEBUAH kereta kebal meronda satu persimpangan dekat Istana Merdeka iaitu kediaman Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono di Jakarta semalam.
JAKARTA - Pasukan elit yang ditugaskan menjaga keselamatan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono mengadakan kawalan keselamatan ketat di Istana Merdeka, di sini semalam.
Pasukan tersebut menyatakan mereka akan melindungi Susilo pada setiap masa dan tidak gentar dengan ancaman militan dari Malaysia, Noordin Mohammad Top yang masih bebas.
Terdahulu, pasukan elit itu yang dikenali sebagai Paspampres memberi jaminan upacara menaikkan bendera Indonesia di Istana Merdeka iaitu kediaman rasmi Susilo sempena hari Kemerdekaan Indonesia berjalan dengan lancar dan selamat.
"Kita menjamin keselamatan seluruh peserta, termasuk presiden dan tetamu negara. Itu adalah tanggungjawab kami," kata Komander Paspampres, Mejar Jeneral Marciano Norman.
Sejumlah 500 anggota Paspampres termasuk beberapa penembak tepat yang dibantu dua buah kereta kebal bertindak mengawasi kawasan di istana berkenaan.
Berdasarkan maklumat hasil serbuan di Bekasi, Jawa Tengah pada 8 Ogos lalu, anggota-anggota kumpulan Noordin memiliki kemampuan menembak tepat manakala sejumlah senjata mungkin diseludup dari daerah tersebut ke Jakarta bagi melancarkan serangan.
Selain itu, pasukan itu turut mengerahkan unit pemusnah bom bagi berdepan ancaman Noordin.
"Pada dasarnya, segala persiapan bagi menjamin keselamatan Susilo telah dilakukan. Semuanya dilakukan secara maksimum," tegas Marciano. - Agensi
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
|
|